Thursday, 15 November 2012

Admin

http://skap3001.blogspot.com/
Ni blog sekolah rendah Admin

keputusan 2012

Keputusan UPSR akan keluar pada 19 November 2012...
agak2 admin dapat berapa A?

Bagimana remaja hendak bercinta mengikut cara islam?

Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri.
    Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan  nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam  begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.
    Setelah berkahwin  bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.  

CINTA DI BANGKU SEKOLAH-BAIK ATAU BURUK?

Dewasa ini, terdapat ramai remaja yang sudah pun terlibat dalam dunia percintaan seawal usia 13 tahun lagi. Rata-rata usia semuda ini kebanyakan mereka masih lagi bersekolah namun masih lagi meneruskan percintaan mereka. Tidak kurang juga dengan mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendalami dunia ini namun ternyata zaman persekolahan bukan satu alasan bagi mereka untuk tidak terlibat dalam dunia ini. Benarkah perkara ini boleh mendatangkan impak terhadap mereka? Ayuh, kita tinjau....

1)PANDANGAN KAMU DENGAN CINTA DI BANGKU SEKOLAH?

Nidzam : Perkara ini tidak patut & x wajar berlaku. Belum masa lagi untuk bercinta kerana kita sudah sepatutnya ada matlamat datang ke sekolah. Biasanya pelajar yang cemerlang tidak menjadikan cinta sebagai matlamat utama mereka. Kita ada masa yang panjang untuk bercinta selepas sekolah. Perlu pandai merancang.

Haszwan : Ia merupakan suatu perkara yang sia-sia dan tidak memberi sebarang kebaikan kepada seorang pelajar. Cinta di usia terlalu muda boleh menyebabkan kita terjebak ke kancah maksiat sahaja.

Wong : Cinta adalah kurniaan Tuhan yang sangat menakjubkan. Bagi saya cinta boleh wujud di sekolah tetapi remaja atau pelajar tidak pandai untuk menggunakan kurniaan Tuhan ini dengan betul.

Aizuddin: Perkara ini merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan remaja pada masa ini kerana 
mereka beranggapan ianya satu cara untuk mengurangkan stress. 

2)BENARKAH CINTA DI BANGKU SEKOLAH BANYAK MEMBERI KEBURUKAN DARI KEBAIKAN? KENAPA?

Nidzam : Ya kerana cinta boleh membuatkan pelajar hilang fokus. Mereka tidak dapat menumpukan 100% tumpuan pada pelajaran dan mereka akan sering membazir masa dan wang ringgit.

Haszwan : Ya, jika kita lihat pelajar masa kini, ‘couple’ memberikan kesan negatif, contohnya kemerosotan dari segi pelajaran dan pergaulan yang terlalu bebas.

Wong : Tidak. Sebenarnya ia bergantung kepada seseorang yang bercinta itu. Cinta adalah perkara yang menakjubkan dan dapat memberi sokongan kepada orang yang memiliki cinta itu. Cinta boleh membuatkan kita mengorbankan apa sahaja untuk cinta tersebut. 

Aizuddin: Ya kerana ia boleh mempengaruhi dan menghasut untuk terjerumus ke kancah percintaan yang boleh mendatangkan maksiat.

3)BAGAIMANA KAMU MENGHADAPI SITUASI INI SEKIRANYA ANDA SENDIRI MELALUINYA? KENAPA?

Nidzam : Saya akan cuba ingat kembali apa tujuan saya datang ke sekolah. Saya akan bersikap tegas pada diri sendiri dan mengawal perasaan. Jangan terlalu teruja dangan si ‘dia’. Saya tidak mahu harapan saya hancur hanya kerana melayan perasaan cinta pada seseorang yang belum pasti dapat saya miliki.

Haszwan : Jika melalui situasi ini, saya akan lebih pentingkan tentang pelajaran lebih-lebih lagi saya mahu mengambil SPM tahun ini. Kesimpulannya, saya ‘takkan’ terjebak dalam perkara ini.

Wong : Saya akan jadi pelajar yang lebih cemerlang malah pandai menhgambil berat masalah orang lain. Kerana cinta, saya mampu untuk belajar lebih daripada biasa untuk menonjolkan diri saya. Saya ingin orang yang saya cintai itu berasa bangga dengan saya.

Aizuddin : Saya akan menghadapinya dengan tabah dan banyak beribadah kepada Allah kerana saya tidak mahu melibatkan diri dalam percintaan yang mungkin boleh membawa kepada perbuatan zina dan maksiat. 

4)PERASAAN KAMU APABILA MELIHAT KAWAN-KAWAN ASYIK DENGAN PERCINTAAN MEREKA?

Nidzam : Keinginan untuk jadi seperti mereka memang ada tetapi sebagai seorang Muslim kita harus sentiasa ingat tentang perkara halal & haram. Tidak perlu terburu-buru, jodoh di tangan Allah.

Haszwan : Saya agak meluat, sedih, marah pun ada juga. Sebab, remaja pada zaman ini langsung tidak mementingkan tentang pelajaran bahkan mereka lalai dengan perkara yang membuang masa mereka sahaja.

Wong : Jika kawan saya pandai mengawal cinta dia dengan betul saya akan rasa gembira bagi pihak mereka. Jika sebaliknya, saya akan menegur dan menasihati mereka. Saya Cuma berharap cinta akan mewujudkan suasana yang manis dan seronok bukannya jahat atau dosa. 

Aizuddin : Saya rasa meluat dan akan menasihati mereka bahawa cinta ini boleh mempengaruhi iman mereka. 

5)WAJARKAH MEREKA YG BERCINTA DI BANGKU SEKOLAH BERSIKAP KETERLALUAN DLM PERHUBUNGAN MEREKA SEPERTI OBSESI DGN CINTA & KADANG KALA MENIMBULKAN PERASAAN MELUAT? KENAPA?

Nidzam : Tidak wajar kerana ia memalukan diri dan membuang masa sahaja. Tidak perlu menunjuk-nunjuk dan bersikap ‘over’ kerana belum tentu lagi kita akan dapat hidup bersama dengannya. Paling utama, mereka hanya menjatuhkan maruah mereka di khalayak ramai tanpa segan silu. Inilah yang akan terjadi jika terperdaya dengan hawa nafsu.

Haszwan : Tak wajar. Jika saya ialah bapa kepada remaja tersebut, sudah lama saya akan mengurungnya dalam rumah. Inilah contoh masalah utama kepada pelajar, tidak menghargai pengorbanan ibubapa yang banyak mengeluarkan perbelanjaan kepada mereka. Inikah balasan anak kepada mereka?

Wong : Tidak kerana orang akan memandang hina mereka. Mereka akan menyebabkan maruah mereka jatuh dan banyak lagi. Ia akan merosakkan masa depan mereka. Ibubapa mereka akan berasa malu dan hampa kerana mereka tidak pandai mengawal tingkah laku mereka.

Aizuddin : Tidak wajar dan tidak perlu langsung sikap yang keterlaluan dalam percintaan kerana tidak elok dipandang orang dan hanya akan menjelikkan sahaja dari pandangan masyarakat lain. 

Zaman Remaja

Zaman remaja ialah zaman yang penuh pancaroba. Perubahan emosi, fizikal dan seksual di peringkat ini ialah antara pendorong kepada remaja meneroka satu dimensi baru dalam alam mereka, iaitu alam percintaan. 
Bagi remaja yang baru melangkah ke alam ini sering kali berasa serba salah. Sungguhpun mereka berasa seronok dibuai perasaan oleh pengalaman baru ini, mereka juga berasa bimbang dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi. Banyak berita di pelbagai media melaporkan tentang akibat remaja yang bercinta seperti lari dari rumah, dijadikan pelacur, malah ada yang membunuh diri dan seumpamanya. Namun, benarkah perasaan cinta yang baru berputik di dalam jiwa remaja hanya membawa keburukan dan kemusnahan kepada diri remaja? 
Ramai pihak berpendapat bahawa sebenarnya cinta remaja boleh membawa kesan yang positif kepada mereka. Malah, perasaan cinta itu boleh menjadi pendorong kepada remaja untuk berjaya dalam pelajaran. Dalam hal ini remaja perlu tahu batas-batas dalam melayani perasaan cinta mereka dan juga cara-cara mengendalinya secara positif. 
Menurut Kaunselor Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Rokiah Mahmod, cinta remaja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 
"Setiap manusia dianugerahkan fitrah ini dan remaja tidak terkecuali mengalaminya. 
"Kasih sayang dan cinta yang dipupuk pada peringkat ini adalah satu permulaan kepada remaja mengenali individu lain selain keluarga. Pengaruh rakan sebaya ialah antara pendorong kepada pengurangan penggantungan kepada ibu bapa," katanya. 
Sehubungan itu, beliau berkata, hubungan yang rapat antara dua remaja akan menimbulkan perasaan kasih sayang yang membawa kepada sikap menghormati, dan mengambil berat antara satu sama lain. 
"Keserasiaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran apabila timbul satu persaingan yang sihat antara kedua-dua remaja tersebut," katanya. 
Perkongsian pendapat, ulang kaji dan latihan dalam setiap pembelajaran yang dilakukan bersama dilihat dapat membantu remaja yang bercinta untuk mendapat kejayaan yang diimpikan dalam perhubungan itu. 
Menurut Rokiah lagi, walaupun remaja mempunyai hak untuk bercinta, batasan pergaulan yang ditetapkan dalam agama harus diambilkira dalam memastikan hubungan yang berasaskan kemurnian dan keikhlasan yang sejati. 
Persoalan cinta remaja ini juga menjadi perhatian serius Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKPKN). Bagi membantu remaja mengendali diri dalam menghadapi cinta, LPKPKN telah menganjurkan Kursus Naluri Cinta Remaja baru-baru ini. 
Kursus ini ialah sebahagian daripada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga yang memberi pengetahuan yang berguna mengenai cinta kepada remaja, ibu bapa dan pihak lain yang berminat. 
Menurut Pegawai Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Maklumat, LPPKN, Fouziah Hanim, objektif kursus ini antara lain untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang aspek psikologi cinta dan hubungannya dengan remaja. 
"Melalui kursus ini juga, pihak terbabit termasuk remaja dapat dibimbing untuk mengurus dan mengelola diri dalam menangani isu cinta dengan lebih bijak dan matang," katanya. 
Fouziah yang juga pemudahcara kursus terbabit berkata, cinta di peringkat remaja agak kompleks kerana pada masa itu remaja mengalami satu proses perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja yang membawa kepada pelbagai konflik dalaman yang unik. 
"Oleh itu, untuk mendalami keadaan ini, remaja dan ibu bapa khususnya, harus berupaya mencari arah tuju cinta remaja yang sebenarnya dengan membangkitkan persoalan wajarkah remaja bercinta, jenis-jenis cinta remaja, perubahan dan perkembangan fizikal, emosi dan kognitif remaja" katanya. 
Menurut pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Daim Jazuli Islam menggalakkan rasa cinta tetapi cinta yang diamalkan oleh kebanyakan remaja masa kini membawa kepada keasyikan yang menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian buruk seperti bohsia, bohjan, kes membuang bayi dan sebagainya. 
"Dunia remaja sememangnya penuh dengan pelbagai perkara yang menyeronokkan selain ribuan cabaran dan godaan," katanya. 
Sehubungan itu, katanya, percintaan remaja yang bukan berpaut kepada hukum Allah dan pemikiran remaja yang masih mentah mengenai cinta akan membawa kepada kesan negatif kepada perkembangan sosial dan emosi remaja sendiri. 
Oleh itu, sebagai remaja, percintaan yang dipupuk antara mereka mestilah berasaskan perspektif, syariat dan prinsip Islam agar perhubungan itu dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak